Wednesday, January 14, 2009

Islam galak umat menabung

oleh Muhammad Shabri Majid

Rencana ini telah di petik dari Berita Harian 24 April 2001

ISLAM sebagai agama syumul mengatur umatnya tidak terhad kepada aspek sosial, politik dan ibadat malah ekonomi. Semua norma dan nilai ekonomi diatur dalam sumber hukum Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung berbeza dengan hukum ekonomi buatan manusia.

Hal ini meletakkan ekonomi Islam jauh lebih unggul berbanding ekonomi kapitalis dan komunis. Contoh jelas ialah konsep menabung dalam Islam sebagai usaha untuk menuju sebuah negara damai dan sejahtera.

Islam adalah agama sederhana,yang umatnya sentiasa diarahkan untuk hidup jimat dan tidak berbelanja secara berlebihan.

Penjimatan ini perlu dilakukan dengan mengurangkan kecenderungan untuk menggunakan barang keperluan. Jumlah baki pendapatan yang tinggal dari penggunaan itu, pada gilirannya akan memungkinkan seseorang Muslim untuk cenderung menabung lebih banyak.

Larangan berbelanja secara berlebihan dan tuntutan agama untuk menggunakan barang berdasarkan konsep halal dan haram, mendorong umat Islam supaya menabung.

Ini adalah tanda bahawa seseorang Muslim yang baik yang sentiasa mematuhi panduan syariah akan cenderung menabung lebih banyak dibandingkan bukan Islam.

Namun yang jadi permasalahan sekarang adalah mengapa banyak negara Islam jauh lebih terbelakang baik dalam bidang pendidikan, kesihatan dan ekonomi berbanding negara sekular? Padahal kita mengetahui bahawa tingkat tabungan adalah penunjuk penting terhadap kemajuan sesebuah negara.

Apakah kerana ketakwaan kita masih diragukan, sehingga kita tidak secara menyeluruh mengikuti aturan Ilahi?

Tulisan ini tidak difokuskan untuk menjawab persoalan diatas. Ia hanya cuba menganalisis konsep menabung dalam ekonomi Islam dengan memberikan beberapa dalil naqli terhadap kepentingan menabung dalam Islam, memberikan alasan keperluan menabung dalam Islam dan cuba memaparkan model tabungan cara Islam.

Tidak sedikit ayar al-Quran dan hadis, sama ada secara langsung atau tidak langsung yang mendorong umat Islam supaya menabung. Konsep kesederhanaan dalam berbelanja sangat tegas disebut oleh Allah dan Islam sangat membenci pembaziran.
Kebencian Allah SWT terhadap pembaziran ini adalah cukup beralasan kerana ia akan menyebabkan kehidupan masa depan seseorang menjadi tidak pasti kerana tiada mempunyai perencanaan ekonomi.

Mereka tidak menabung akan menghadapi kesulitan ekonomi yang tidak diduga pada masa depan. Oleh itu al-Quran meminta umatnya untuk tidak berbelanja secara berlebih-lebihan dan tidak terlalu kikir, seperti disebutkan dalam beberapa ayat berikut ini : " Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkan kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesali" (Surah al-Isra ayat 29). Firman Allah lagi bermaksud: " Sesungguhnya pemboros itu adalah saudara syaitan..." (Surah al-Isra ayat 27) " dan... makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan...." (Surah al-A'raf ayat 31) " Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir...." (Surah al-Furqan ayat 67)

Sementara itu, Rasulullah saw dan hadisnya cukup memberi peringatan kepada umatnya supaya menabung sebagai cara terbaik untuk membanteras kemiskinan.

Ini dapat kita lihat daripada beberapa hadis bermaksud: "....Rasulullah saw pernah membeli kurma dari Bani Nadhir dan menyimpannya untuk perbekalan setahun buat keluarga..." (Hadis riwayat Bukhari): "Simpanlah sebahagian daripada harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itulah jauh lebih baik bagimu. " (Hadis riwayat Bukhari)

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis diatas, jelas bahawa menabung, sangat digalakkan dalam Islam.

Namun ini tidak bererti bahawa Islam membenarkan umatnya untuk berlaku kikir dan kemudian membiarkan harta itu tidak produktif.

Harta yang tidak dilaburkan dalam sektor pengeluaran akan menjadikan sistem ekonomi menjadi lebih parah kerana tidak wujud peluang pekerjaan berikutan kurangnya permintaan terhadap barang yang dijual dipasaran.

Mengapa umat Islam lebih berpotensi untuk menabung dalam sistem ekonomi Islam? Tidak seperti dalam ekonomi konvensional, Islam melarang umatnya untuk menggunakan barang yang haram hukumnya. Ini kerana ia akan dapat memudaratkan sama ada kesihatan sistem ekonomi mahupun kesihatan tubuh mereka.

Contohnya Islam tidak membenarkan umatnya mengamalkan hukum riba, memakan makanan haram, seperti babi dan meminum arak. Ini kerana terbatasnya jumlah barang yang boleh digunakan, maka akan semakin besar kecenderugan umat Islam untuk menabung. Hal inilah yang menyebabkan menabung semakin diperlukan dalam Islam.

Tujuan kita berpandukan kepada konsep halal dan haram dalam menggunakan barang dan jasa, menurut Akram Khan (1983) adalah sebagai pendorong untuk meminimumkan jumlah harta yang dibelanjakan sehingga memisahkan jumlah maksimum harta yang boleh ditabung.

Sementara itu, AM Sadeq (1992) seorang profesor bidang ekonomi pembangunan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia jauh melihat bahawa faktor penyebab potensi tabungan dalam Islam tidak hanya seperti disebutkan diatas.

Beliau melihat bahawa kewajipan umat Islam untuk menggunakan sumber daya alam dan sumber daya manusia secara optimum dan keharusan untuk memobilisasi tabungan secara produktif. Ini dapat dilakukan dengan tabungan itu perlu disalurkan untuk dilaburkan dalam sektor yang menghasilkan keuntungan juga antara faktor penting yang mendorong umat Islam untuk menabung.

Selain itu Islam melihat bekerja untuk memenuhi nafkah baik untuk dirinya atau orang yang berada dibawah tanggungan adalah sebahagian daripada ibadah.

Namun begitu ada pendapat yang meragukan bahawa tingkat tabungan itu akan terhambat kerana penghapusan sistem bunga (riba) dan kewujudan institusi zakat dalam ekonomi Islam. Pendapat ini sebenarnya dilandaskan kepada konsep tabungan ekonomi klasikal yang menyatakan bahawa tabungan itu bergantung secara positif pada tingkat bunga.

Semakin tinggi tingkat bunga, maka semakin ramai orang menabung kerana mengharapkan keuntungan yang lebih besar, begitu juga disebaliknya. Ternyata hasil penelitian empirikal telah membuktikan bahawa pandangan ini adalah tidak benar.

Dalam bukunya, Towards a Just Monetary System (Menuju ke Sistem Kewangan Yang Adil), Umer Chapra (1985) membantah keras andaian yang mengatakan penghapusan bunga akan menghambat tingkat tabungan yang pada gilirannya akan mengurangi formasi modal dalam ekonomi.

Sedangkan pengagihan zakat yang ditujukan untuk mengagihkan secara adil jumlah pendapatan yang diterima diantara masyarakat miskin dan kaya, justeru akan mempromosikan taraf kehidupan masyarakat miskin.

Sejak lebih 1,400 tahun lalu, ekonomi Islam telah melihat tabungan sebagai salah satu faktor dominan dalam pembangunan ekonomi.

Penghapusan bunga adalah perbezaan mendasar diantara model tabungan Islam dengan bukan Islam. Oleh itu fungsi tabungan dalam Islam sama sekali tidak bergantung kepada tingkat bunga seperti dalam ekonomi konvensional. Dalam hal ini Umer Chapra (1985) hanya melihat bahawa pendapatan dan keperluan penggunaan sekarang dan pendapatan pengguna pada masa depan, adalah faktor yang mempengaruhi tabungan seseorang.


Ganjaran besar menabung, menderma kejalan Allah

Ekonomi Islam melihat tabungan sebagai salah satu faktor unggul dalam membangunkan ekonomi sejak lebih 1400 tahun lalu

Penghapusan bunga adalah perbezaan dasar diantara model tabungan Islam dengan bukan Islam. Oleh itu fungsi tabungan dalam Islam sama sekali tidak bergantung kepada tingkat bunga seperti dalam ekonomi konvensional.

Dalam bukunya "Towards a Just Monetary" System (menuju kesystem kewangan yang adil), Umer Chapra (1985) membantah keras andaian yang mengatakan penghapusan bunga akan menghambat tingkat tabungan, yang pada gilirannya, akan mengurangi formasi modal dalam ekonomi.

Sedangkan pengagihan zakat yang ditunjukan untuk mengagihkan secara adil jumlah pendapatan yang diterima diantara masyarakat miskin dan kaya, justru akan mempromosikan taraf kehidupan masyarakat miskin.

Dalam hal ini Umer Chapra (1985) hanya melihat pendapatan dan keperluan penggunaan sekarang dan pendapatan pengguna pada masa depan, adalah faktor yang mempengaruhi tabungan seseorang.

Monzer Kahf (1992) pula melihat bahawa banyak faktor lain yang mempengaruhi tingkah laku penabung dalam Islam.

Faktor itu ialah tingkat pendapatan, keinginan mengumpulkan harta untuk menjadi kaya raya, ketersediaan barang dan jasa untuk digunakan, zakat, tingkat keuntungan pelaburan, keinginan untuk menyimpan harta dengan motif berjaga-jaga dan tingkat ketakwaan seseorang.

Kecuali faktor penggunaan dan ketakwaan, menurut beliau, semua faktor diatas mempunyai hubungan positif dengan tingkat tabungan.

Ini menunjukkan bahawa semakin tingginya tingkat ketakwaan seseorang maka semakin rendah tingkat tabungan mereka.

Keadaan itu berlaku kerana pada umumnya mereka lebih memilih untuk bersedekah hartanya kejalan Allah SWT daripada menyimpan.

Kenyataannya, ketakwaan yang sepatutnya menyebabkan seseorang cenderung untuk menabung lebih banyak. Dalam hal ini mungkin Monzer lupa bahawa derma atau sedekah yang dikeluarkan oleh orang bertakwa juga adalah tabungan.

Namun Tabungan Ukhrawi ini berbeza dengan tabungan duniawi kerana keuntungan tabungan ukhrawi ini tidak hanya dapat dirasakan faedahnya sekarang tetapi imbalan mutlaknya akan diperolehi pada hari pembalasan kelak.

Kemusykilan lain, apabila sedekah atau derma tidak dikategorikan dalam jenis tabungan, adalah hanya orang fakir dan bakhil yang cenderung menabung banyak kerana kekikiran dan kebakhilan mereka, walaupun pada dasarnya pendapatan mereka jauh lebih rendah berbanding orang kaya yang bertakwa dan sentiasa mendermakan hartanya kejalan Allah SWT.

Derma dan sedekah orang bertakwa untuk yang daif akan meningkatkan mutu hidup mereka sebahagian proses pemberdayaan ekonomi, sehingga tidak mustahil apabila pada akhirnya mereka mampu memiliki tabungan sendiri.

Bukankah ini juga akan meningkatkkan kecenderungan umat Islam untuk menabung?

Dorongan Islam supaya umatnya cinta menabung, besar pahalanya, lebih-lebih lagi kejalan Allah SWT.

Imbalan pahala luar biasa bagi sesiapa yang bersedekah dan menafkahkan hartanya kejalan Allah sebagai sebagai tabungan untuk Hari Akhirat, tiada tolok banding dengan keuntungan dengan menabung di bank konvensional.

Pakara ini dinyatakan Allah dalam firman Nya yang bermaksud " Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah) adalah sama dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir, seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki " (Surah al-baqarah, ayat 262)

Berdasarkan ayat ini, maka kita dapat memberi contoh perhitungan kasar, apabila seseorang menafkahkan hartanya kejalan Allah sebanyak RM1 saja, maka RM1 akan berkembang menjadi RM7, dan dari tiap-tiap RM7 itu pula akan menghasilkan RM100.

Secara keseluruhan dengan hanya bersedekah RM1, pahal yang akan kita perolehi pada hari pembalasan adalah RM700 (RM1 x 7 x 100).

Namun apabila kita bersedekah harta pada bulan Ramadan, maka ganjaran sedekah kita akan didharab dengan 10. Ini kerana setiap kebaikan yang umat Islam lakukan dibulan Ramadhan, Allah SWT membalasnya dengan 10 kebaikan. Ini bererti, RM1 yang kita sedekahkan pada bulan Ramadhan akan bernilai RM7,000 (RM1 x 7 x 100 x 10) pada hari akhirat kelak.

Seterusnya apabila harta yang kita sedekahkan itu kebetulan bertepatan dengan malam lalatul qadar, yang sesiapa sahaja membuat amalan baik pada malam itu akan mendapat ganjaran 1,000 kali, maka RM1 yang kita nafkahkan kejalan Allah SWT pada masa itu akan bernilai RM7,000,000 (RM1 x 7 x 100 x 10 x 1000) pada hari akhirat nanti.

Dan apabila Allah SWT menghendaki maka jumlah ini akan dilipat gandakan lagi. Contoh ini adalah hanya sebagai ilustrasi, sedangkan kepastian jumlah pahala yang kita dapatkan atas amalan baik kita, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Tidakkah ini adalah keuntungan yang luar biasa besarnya kita perolehi dengan hanya menafkahkan harta (menabung untuk hari akhirat) kejalan Allah.

jika Cuba bayangkan kita sedekahkan itu bukan RM1, seberapa besar ganjaran yang akan kita dapat? Adakah keuntungan yang kita perolehi dengan menabung di bank konvensional dengan keuntungan yang berkisar antara tiga hingga lapan peratus daripada wang yang kita tabung itu menyamai dengan ganjaran yang kita perolehi dengan menabung di bank Allah SWT?

Dari huraian diatas dapat kita lihat bahawa Islam sangat menggalakkan umatnya untuk menabung.

Ini kerana jumlah tabungan adalah petunjuk penting dalam sebuah pembangunan ekonomi. Maka dapat dikatakan bahawa Islam adalah agama yang cinta akan kemajuan.

Oleh itu seseorang yang beriman dan bertakwa kepada Allah akan sentiasa berpandukan pada al-Quran sunah secara kaffah (menyeluruh) tidak hanya dalam aspek ritual semata-mata malah aspek ekonomi.

Menabung adalah satu ibadah Oleh kerana bahagian daripada akhlaqul karimah dan bahagian kewajipan agama, maka melakukannya adalah bahagian ibadah kepada Allah SWT yang berganjarkan pahala.

Umat Islam adalah umat penabung dan umat yang berwaw

No comments: